Thursday, April 21, 2016


2.1.3 Pengenalan kepada Pengekodan Binari

  • Komputer menggunakan kod binari untuk berkomunikasi. Salah datu kod binari yang meluas digunakan adalah kod American Standard Code for Information Interchange ( ASCII ). Kod ini diterimapakai oleh hampir semua komputer dan mesin elektronik. 
  • Kebanyakan papan kekunci ( keyboard ) komputer telah dipiawaikan dengan ASCII. Jadual di bawah menunjukkan contoh kod ASCII bagi beberapa aksara.

2.1.3.1 Fungsi Kod ASCII
  • Apabila pengguna menekan sebarang butang aksara, nombor atau kawalan pada papan kekunci, ia akan menghasilkan kod ASCII untuk dihantar ke CPU bagi membolehkan komputer memprosesnya dan menyimpannya di ingatan utama. 
  • ASCII mempunyai 128 karakter dan simbol yang diwakili oleh 8 bit nombor asas dua. 32 karakter pertama dalam ASCII mewakili arahan ( command ) yang digunakan untuk tujuan kawalan.
  • Setiap aksara akan ditukar kepada bentuk nombor perduaan yang sepadan. Komputer akan memproses aksara sebagai bait. Apabila selesai memproses bait, perisian di dalam sistem akan menukarkan semua kepada bentuk yang difahami dan dipaparkan di skrin komputer. 
  • Oleh itu, fungsinya dapat dilihat sebagai:
        i.  ASCII membolehkan manusia berinteraksi dengan sebuah komputer.
        ii. ASCII membolehkan pengeluar-pengeluar komponen komputer mengeluarkan 
            komponen yang boleh beroperasi dengan betul di dalam sebuah komputer. 
        iii. ASCII juga berfungsi untuk mencapai kesesuaian di antara pelbagai jenis peralatan 
            pemprosesan data. Seterusnya ia membolehkan peralatan ini berkomuniksi di antara    
            satu sama lain dengan sempurna.

No comments:

Post a Comment