Thursday, April 21, 2016

2.1.2 Perwakilan Data

Dalam perkomputeran, komputer menganggap semua data, nombor, huruf dan simbol adalah sebagai nombor. Malah, arahan komputer juga adalah berbentuk nombor ( bahasa mesin ).

Sistem pernomboran yang digunakan oleh komputer diwakilkan dalam sistem perduaan( binary ), perenambelasan ( hexadecimal ) dan perlapanan ( octal ). Komputer menggunakan digit perduaan untuk mewakilkan data iaitu 0 dan 1 biasanya disebut bit.

i. Bit

  • Unit utama elektronik bagi data digital. Bit ditulis dalam bahasa asas dua sebagai "1" atau "0". 
  • Unit data terkecil yang boleh diproses oleh sesebuah komputer. Bit adalah singkatan bagi perkataan binary digit. 
  • Bit adalah nombor 1 dan 0. Nombor-nombor ini mewakili sistem binari. Ia akan mewakili arahan on dan offtrue dan false atau yes dan no
ii. Bait
  • Unit yang terbina dari gabungan bit-bit. Satu bait bersamaan dengan 8 bit. Bait mewakili 256 aksara yang terdiri daripada kombinasi 0 dan 1. 
  • Satu bait mewakili satu aksara tunggal.
iii. Aksara
  • Satu aksara seperti S, K, Y, G, T, +, 7 dan % adalah bersaiz 8 bit yang bersamaan dengan 1 bait. Contohnya aksara S mewakili kod binari 01000110 yang hanya difahami oleh komputer. 

2.1.2.1 Hubungan Perwakilan Data: bit, bait dan aksara. 

  • Komputer hanya mengenali dua digit sahaja; 1 dan 0, sistem nombor ini dipanggil sistem perduaan atau lebih dikenali sebagai sistem binari. ( binary system)
  • Setiap digit 1 dan 0 dikenali sebagai bit dan merupakan unit terkecil untuk data yang diwakilkan oleh komputer. 
  • Satu bit sebenarnya tidak membawa apa-apa makna, namun kombinasi 8 bit dikenali sebagai bait       (byte) dan boleh mewakilkan banyak data atau pun maklumat. Ini disebabkan gabungan 0 dan 1 yang berbeza di dalam 1 bait boleh mewakili sehingga 256 aksara berbeza ini termasuklah nombor, huruf besar, huruf kecil dan simbol-simbol tertentu. Kombinasi beberapa 0 dan 1 dipanggil Skema Pengekodan. 
  • Dua sistem pengekodan yang paling banyak digunakan ialah ASCII ( American Standard Code for Information Interchange), yang digunakan di dalam komputer peribadi dan minikomputer; dan EBCDIC ( Extended Binary Coded Decimal Interchange Code) yang digunakan di dalam komputer kerangka utama. 
  • Kedua-dua skema ini hanya boleh digunakan untuk mewakili huruf-huruf Roman ( A hingga Z ) dan nombor (1-9). Ia tidak dapat mewakili huruf-huruf bahasa lain seperti bahasa Arab, Cina, Tamil dan Jepun. 
  • Skema pengekodan untuk bahasa tersebut dipanggil UNICODE. Skema ini membolehkan kita menggunakan bahasa Arab, Cina, Tamil dan Jepun yang merangkumi 65536 aksara di dalam perisian pemprosesan perkataan dan perisian-perisian lain. 
1 Bit = 0 dan 1 (On/Off)

1 Byte = 8 bit

8 Bit = 1 aksara ASCII dan EBCDIC

16 Bit = 1 aksara UNICODE

No comments:

Post a Comment